Thursday, September 22, 2011

Akhirnya

Akhirnya pengumuman yang selama ini dinantikan ramai terutamanya yang telah,sedang dan bakal terlibat dengan MLM telah berakhir.Di harap dengan adanya garis panduan ini,dapat merungkai segala kemusykilan yang sering bersarang dalam benak tentang perjalanan sesebuah perniagaan MLM,dan semoga menjadi panduan dalam menjalankan perniagaan MLM yang bukan sahaja menjana keuntungan di dunia yang paling utama di akhirat kelak.
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html

Tuesday, April 19, 2011

Minggu Saham Amanah 2011

Bermula 20 sehingga 26 April ini , Minggu Amanah Saham 2011 akan diadakan di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh. Pelbagai ilmu dan acara yang menarik dan bermanfaat akan diadakan. Jangan ketinggalan.
http://www.takaful-ikhlas.com.my/GUI/pdf/MSAM_2011.pdf

Friday, December 24, 2010

The Beauty Of Islamic Financing

KUALA LUMPUR: The Syariah Parameter Reference 1 (SPR1) or Murabahah Parameter, which was recently issued to all Islamic financial institutions under the purview of Bank Negara Malaysia, has generated positive feedback.


“This protection is unique to the consumer of Islamic financing products, and not available to the conventional banking,” he said. “Conventional banks lend money to their consumer but they prefer not to be involved in the actual business of acquiring the asset because of the time and resources required, and also, due to the risks inherent when being involved in the trade,” said Mahadzir, who pointed out that unlike conventional banks, the syariah (laws) insist that Islamic banks must undertake trade

Murabahah Parameter gets thumbs-up

Saturday, September 11, 2010

"Taqabbalallahu minna wa minkum"














Kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqa...bbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

Wednesday, September 8, 2010

Pilihlah yang barokah











Perniagaan merupakan salah satu bidang yang sangat luas dan mampu memberi pulangan yang lumayan jika kene caranye.Ade pelbagai jenis perniagaan terutama di zaman yang serba canggih ni seperti MLM,perniagaan internet,jualan langsung dan macam-macam jenis perniagaan lagi.Perniagaan juga boleh menjadi ibadah jika dijalankan dan dilaksanakan berlandaskan hukum syarak.Ape yang penting kite lihat dan kaji sedalam-dalamnya sesuatu perniagaan dari segenap aspek.Lepas tu pilihlah yang terbaik bukan saja dari segi keuntungan 'duniawi' semate-mate,tapi ape yang paling penting dari rezeki yang diberkati Allah.InsyaAllah.

Tuesday, August 31, 2010

Rukun Kontrak


Kebanyakan dari kita sudah tentu mengetahui tentang akad,tak kire la akad dalam pernikahan,jual beli dan dalam pelbagai urusan lain.Seperti juga dalam pernikahan yang mengandungi rukun yang perlu dipenuhi,akad atau kontrak muamalat Islam juga mengandungi rukun yang perlu dipatuhi dalam memastikan urusan yang dijalankan halal.
Menurut majoriti mazhab iaitu mazhab Maliki,Syafie dan Hanbali rukun bagi akad terbahagi kepada 3 iaitu:-
  1. Sighah atau lafaz akad yang mengandungi ijab dan kabul 
  2. Pihak yang terlibat,dua atau lebih individu yang melakukan akad
  3. Perkara yang menjadi tumpuan akad atau dalam erti kata lainya,barang yang dijual beli 




Akad



Akad merupakan elemen terpenting dalam sesebuah transaksi termasuklah dalam urusan pernikahan dan perkahwinan, kewangan dan pelbagai transaksi lain. Apabila sah sahaja lafaz ijab kabul dalam sesuatu pernikahan,maka hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Begitulah peri pentingnya akad dalam urusan kehidupan kita seharian.

Seperti dalam urusan pernikahan,urusan kewangan kita juga menggunakan akad tertentu. Akad ini tidak semestinya dilafaz seperti dalam urusan pernikahan, tetapi boleh wujud dalam bentuk yang lain seperti kontrak yang digunakan dalam urusan jual beli kenderaan, rumah,pembiayaan peribadi,simpanan,pelaburan dan pelbagai urusan lain.

Definisi akad secara umum:-
Setiap perkara yang diazami seseorang untuk dilakukan dan dilaksanakan (Ahkam al-Quran, Al-Jassas,2/294)

Allah s.w.t. berfirman:-
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu melunaskan atau menepati akad-akad (kontrak yang telah kamu meterainya)" (Al-Maidah: 1)