Tuesday, August 31, 2010

Akad



Akad merupakan elemen terpenting dalam sesebuah transaksi termasuklah dalam urusan pernikahan dan perkahwinan, kewangan dan pelbagai transaksi lain. Apabila sah sahaja lafaz ijab kabul dalam sesuatu pernikahan,maka hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Begitulah peri pentingnya akad dalam urusan kehidupan kita seharian.

Seperti dalam urusan pernikahan,urusan kewangan kita juga menggunakan akad tertentu. Akad ini tidak semestinya dilafaz seperti dalam urusan pernikahan, tetapi boleh wujud dalam bentuk yang lain seperti kontrak yang digunakan dalam urusan jual beli kenderaan, rumah,pembiayaan peribadi,simpanan,pelaburan dan pelbagai urusan lain.

Definisi akad secara umum:-
Setiap perkara yang diazami seseorang untuk dilakukan dan dilaksanakan (Ahkam al-Quran, Al-Jassas,2/294)

Allah s.w.t. berfirman:-
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu melunaskan atau menepati akad-akad (kontrak yang telah kamu meterainya)" (Al-Maidah: 1)


No comments:

Post a Comment