Friday, December 24, 2010

The Beauty Of Islamic Financing

KUALA LUMPUR: The Syariah Parameter Reference 1 (SPR1) or Murabahah Parameter, which was recently issued to all Islamic financial institutions under the purview of Bank Negara Malaysia, has generated positive feedback.


“This protection is unique to the consumer of Islamic financing products, and not available to the conventional banking,” he said. “Conventional banks lend money to their consumer but they prefer not to be involved in the actual business of acquiring the asset because of the time and resources required, and also, due to the risks inherent when being involved in the trade,” said Mahadzir, who pointed out that unlike conventional banks, the syariah (laws) insist that Islamic banks must undertake trade

Murabahah Parameter gets thumbs-up

Saturday, September 11, 2010

"Taqabbalallahu minna wa minkum"














Kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqa...bbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

Wednesday, September 8, 2010

Pilihlah yang barokah











Perniagaan merupakan salah satu bidang yang sangat luas dan mampu memberi pulangan yang lumayan jika kene caranye.Ade pelbagai jenis perniagaan terutama di zaman yang serba canggih ni seperti MLM,perniagaan internet,jualan langsung dan macam-macam jenis perniagaan lagi.Perniagaan juga boleh menjadi ibadah jika dijalankan dan dilaksanakan berlandaskan hukum syarak.Ape yang penting kite lihat dan kaji sedalam-dalamnya sesuatu perniagaan dari segenap aspek.Lepas tu pilihlah yang terbaik bukan saja dari segi keuntungan 'duniawi' semate-mate,tapi ape yang paling penting dari rezeki yang diberkati Allah.InsyaAllah.

Tuesday, August 31, 2010

Rukun Kontrak


Kebanyakan dari kita sudah tentu mengetahui tentang akad,tak kire la akad dalam pernikahan,jual beli dan dalam pelbagai urusan lain.Seperti juga dalam pernikahan yang mengandungi rukun yang perlu dipenuhi,akad atau kontrak muamalat Islam juga mengandungi rukun yang perlu dipatuhi dalam memastikan urusan yang dijalankan halal.
Menurut majoriti mazhab iaitu mazhab Maliki,Syafie dan Hanbali rukun bagi akad terbahagi kepada 3 iaitu:-
  1. Sighah atau lafaz akad yang mengandungi ijab dan kabul 
  2. Pihak yang terlibat,dua atau lebih individu yang melakukan akad
  3. Perkara yang menjadi tumpuan akad atau dalam erti kata lainya,barang yang dijual beli 




Akad



Akad merupakan elemen terpenting dalam sesebuah transaksi termasuklah dalam urusan pernikahan dan perkahwinan, kewangan dan pelbagai transaksi lain. Apabila sah sahaja lafaz ijab kabul dalam sesuatu pernikahan,maka hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Begitulah peri pentingnya akad dalam urusan kehidupan kita seharian.

Seperti dalam urusan pernikahan,urusan kewangan kita juga menggunakan akad tertentu. Akad ini tidak semestinya dilafaz seperti dalam urusan pernikahan, tetapi boleh wujud dalam bentuk yang lain seperti kontrak yang digunakan dalam urusan jual beli kenderaan, rumah,pembiayaan peribadi,simpanan,pelaburan dan pelbagai urusan lain.

Definisi akad secara umum:-
Setiap perkara yang diazami seseorang untuk dilakukan dan dilaksanakan (Ahkam al-Quran, Al-Jassas,2/294)

Allah s.w.t. berfirman:-
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu melunaskan atau menepati akad-akad (kontrak yang telah kamu meterainya)" (Al-Maidah: 1)


Monday, August 23, 2010

DETIK PEMERGIANMU


Video yg sangat menyentuh hati & perasaan...air mata tetap mengalir walaupun dah berulang kali lihat video ini


Sunday, August 22, 2010

Riba




Sekadar gambar hiasan


Riba?erm..kita pinjam seratus pastu kene bayar seratus lima puluh,bunga,interest,dan macam-macam definisi boleh kita dengar.Tapi apa sebenarnya maksud riba yang sebenar?bagaimanakah kita nak tahu sama ada transaksi yang kita jalankan tu,mengandungi riba atau tidak?bagaimana cara kita nak mengenali produk-produk yang mengandungi unsur-unsur riba di pasaran?erm...banyak yang nak kena tengok dan kaji ni.Lebih-lebih lagi di zaman ini,ada saja produk yang dikeluarkan setiap hari,tak kira la pelaburan,simpanan,perlindungan,yang pelbagai dan agak sukar difahami konsep yang diaplikasikan.Walaubagaimanpun itulah cabaran yang perlu kita hadapi dalam mencari yang halal dan diberkati.Dosa terlibat dengan riba ni amat besar seperti:-

Nabi S.A.W mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya:'Riba mempunyai 72 pintu.Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya' (At-Tabrani , 7/158 ; al-Hakim) Jbn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-Hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan
Muslim  
                          '

Friday, August 20, 2010

Timba Ilmu untuk keberkatan


Terdapat pelbagai produk yang ditawarkan baik di bank-bank konvensional mahupun di bank-bank Islam.Mahu tidak mahu,kita sentiasa berurusan dengan bank dalam kehidupan seharian baik untuk menyimpan,mendapatkan pembiayaan peribadi,perumahan,kereta,pelaburan dan sebagainya.Pengetahuan tentang akad yang digunakan,konsep produk yang diaplikasikan,bayaran,keuntungan dan aspek-aspek penting yang lain perlu ditimba supaya kita sebagai umat Islam dan pengguna faham tentang produk yang kita gunakan,dan dapat membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional yang berpaksikan sistem kapitalis.Tiada perkataan 'terlambat' untuk kita mempelajari bidang yang amat penting bukan sahaja kepada diri sendiri,bahkan melibatkan masyarakat keseluruhan.

Nabi S.A.W mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya:'Riba mempunyai 72 pintu.Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya' (At-Tabrani , 7/158 ; al-Hakim) Jbn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-Hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan
Muslim

Assalamualaikum

Salam perkenalan semua,saya Fauzan Ramli,baru je berjinak-jinak dalam menulis blog ni,saya berasal dari Ipoh dan meminati pelbagai bidang terutamanya kewangan Islam,ekonomi dan perniagaan.Bila menyebut tentang kewangan Islam ni,sudah tentu merangkumi jual beli,pelaburan,perbankan,perniagaan dan pelbagai aspek lain yang tidak dapat kita lari dari kehidupan harian.Bagaimana kita menitikberatkan sejauh mana halalnya makanan yang terdapat di kopitiam,hotel-hotel dan restoran-restoran,begitulah juga peri pentingnya kita menitikberatkan sejauh mana halalnya segala urusan kewangan yang kita jalankan seharian.Dah terlambat?tiada yang terlambat selagi kudrat masih ada.Secara perlahan-perlahan,mungkin dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,boleh menjadi batu asas dan langkah pertama kepada mencari yang 'HALAL' dari segenap segi.InsyaAllah.