Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum

Salam perkenalan semua,saya Fauzan Ramli,baru je berjinak-jinak dalam menulis blog ni,saya berasal dari Ipoh dan meminati pelbagai bidang terutamanya kewangan Islam,ekonomi dan perniagaan.Bila menyebut tentang kewangan Islam ni,sudah tentu merangkumi jual beli,pelaburan,perbankan,perniagaan dan pelbagai aspek lain yang tidak dapat kita lari dari kehidupan harian.Bagaimana kita menitikberatkan sejauh mana halalnya makanan yang terdapat di kopitiam,hotel-hotel dan restoran-restoran,begitulah juga peri pentingnya kita menitikberatkan sejauh mana halalnya segala urusan kewangan yang kita jalankan seharian.Dah terlambat?tiada yang terlambat selagi kudrat masih ada.Secara perlahan-perlahan,mungkin dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,boleh menjadi batu asas dan langkah pertama kepada mencari yang 'HALAL' dari segenap segi.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment