Friday, August 20, 2010

Timba Ilmu untuk keberkatan


Terdapat pelbagai produk yang ditawarkan baik di bank-bank konvensional mahupun di bank-bank Islam.Mahu tidak mahu,kita sentiasa berurusan dengan bank dalam kehidupan seharian baik untuk menyimpan,mendapatkan pembiayaan peribadi,perumahan,kereta,pelaburan dan sebagainya.Pengetahuan tentang akad yang digunakan,konsep produk yang diaplikasikan,bayaran,keuntungan dan aspek-aspek penting yang lain perlu ditimba supaya kita sebagai umat Islam dan pengguna faham tentang produk yang kita gunakan,dan dapat membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional yang berpaksikan sistem kapitalis.Tiada perkataan 'terlambat' untuk kita mempelajari bidang yang amat penting bukan sahaja kepada diri sendiri,bahkan melibatkan masyarakat keseluruhan.

Nabi S.A.W mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya:'Riba mempunyai 72 pintu.Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya' (At-Tabrani , 7/158 ; al-Hakim) Jbn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-Hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan
Muslim

No comments:

Post a Comment